Pendekatan Mengurus Konflik dalam Rumah Tangga Bermadu

Approach in Managing Conflict in A Polygamous Household

Authors

  • Mariam Abd. Majid Faculty of Islamic Civilization Studies, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Malaysia.
  • Sahlawati Abu Bakar Faculty of Islamic Civilization Studies, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Malaysia.
  • Muhammad Yusuf Marlon Abdullah Faculty of Islamic Civilization Studies, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Malaysia.
  • Salasiah Hanin Hamjah Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Malaysia.
  • Zulkefli Aini Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Malaysia.
  • Mohd Ridhuan Mohd Jamil Politeknik Nilai, 71760 Nilai, Malaysia.
  • Naqibah Mansor Faculty of Islamic Civilization Studies, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Malaysia.

DOI:

https://doi.org/10.53840/alirsyad.v5i1.98

Keywords:

Faktor, Pendekatan, Mengurus Konflik, Rumah Tangga, Bermadu

Abstract

Conflict is an unavoidable condition and is part and parcel of life in a household, especially in the lives of a polygamous household. This article aims to present the factors that contribute to household conflict and the approach in managing them. The data were obtained through semi-structured interviews with sampling techniques aimed at 5 sister-wives and 1 polygamous husband. The interview data transcriptions were analyzed to form themes and sub-themes and validation was performed using Cohen Kappa calculations. The data analysis revealed that the internal factors which trigger conflict are secretive marriage, lack of concern, jealousy, and misunderstanding, whereas the external factors are neglecting responsibility, difficulty in adjusting, and lack of communication. Among the approaches taken to manage this conflict are to hold discussions, to be generous, to be tolerant, to care for each other, to appreciate, to be patient, to accept the qada' and qadar of Allah Almighty, to protect the household’s honour, and to limit unimportant social activities. This finding can serve as a guide in the management of polygamous household conflicts.

ABSTRAK

Konflik adalah satu keadaan yang sukar dielakkan dan menjadi asam garam alam rumah tangga, lebih-lebih lagi dalam kehidupan rumah tangga bermadu. Artikel ini bertujuan mengemukakan faktor-faktor yang mencetuskan konflik rumah tangga bermadu serta pendekatan mengurusnya. Data diperolehi melalui temu bual separa berstruktur dengan teknik persampelan bertujuan iaitu terhadap 5 orang isteri bermadu dan 1 orang suami berpoligami. Transkripsi data temubual dianalisis bagi membentuk tema dan sub tema dan proses keesahan dilakukan menerusi pengiraan Cohen Kappa. Analisis data mengemukakan faktor dalaman yang mencetuskan konflik iaitu merahsiakan perkahwinan, kurang keprihatinan, perasaan cemburu dan salah faham manakala faktor luaran ialah pengabaian tanggungjawab, sukar membuat penyesuaian diri dan tiada komunikasi. Antara pendekatan yang dilakukan untuk mengurus konflik ialah mengadakan perbincangan, berlapang dada, bertolak ansur, menjaga hati, menghargai, sabar, redha dengan qada’ qadar Allah SWT, menjaga rahsia rumah tangga dan menghadkan aktiviti sosial yang tidak penting. Dapatan ini boleh djadikan panduan dalam pengurusan konflik rumah tangga bermadu.

 

 

 

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

Mariam Abd. Majid, Faculty of Islamic Civilization Studies, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Malaysia.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Hj Mohd Said (1985-1987) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Jalan Labu (1988-1989). Meneruskan pengajian di Pra Akademi Islam Nilam Puri, Kelantan (1990-1992). Memperolehi Ijazah  Sarjana Muda Usuluddin (U. Malaya) pada tahun 1996, Sarjana Usuluddin (U. Malaya) pada tahun 2000 dan Ijazah Doktor Falsafah (Metodologi Dakwah) pada tahun 2012. Kini bertugas sebagai Profesor Madya di Jabatan Dakwah dan Usuluddin, Fakulti Pengajian Peradaban  Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Bidang kepakaran beliau ialah Metodologi Dakwah, Psikologi Dakwah dan Keluarga serta Pemasaran Dakwah.

Published

2020-06-04

How to Cite

Abd. Majid, M., Abu Bakar, S., Abdullah, M. Y. M., Hamjah, S. H., Aini, Z., Mohd Jamil, M. R., & Mansor, N. (2020). Pendekatan Mengurus Konflik dalam Rumah Tangga Bermadu: Approach in Managing Conflict in A Polygamous Household. Al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, 5(1), 253-265. https://doi.org/10.53840/alirsyad.v5i1.98