Pelaksanaan Kursus Pra-Perkahwinan Islam Untuk Golongan OKU Pendengaran di Malaysia

The Implementation of Islamic Premarital Course for Deaf Group in Malaysia

  • Zuliza Mohd Kusrin Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM
  • Nur Syaidatul Akmar Sha’ari Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM
Keywords: Muslim, Pra perkahwinan, Orang Kelainan Upaya (OKU), Pendengaran, Pengantin, Jurubahasa isyarat

Abstract

Kursus pra-perkahwinan adalah antara keperluan dalam prosedur permohonan kebenaran berkahwin yang perlu dipenuhi oleh bakal pengantin Muslim di Malaysia. Kepentingan kursus tersebut ialah memberi pengetahuan awal berkenaan alam perkahwinan kepada bakal pengantin. Namun, golongan OKU Pendengaran dikecualikan daripada mengikuti kursus berkenaan kerana tiada kursus khusus yang dikendalikan oleh jabatan agama Islam negeri untuk mereka. Oleh itu, sebahagian daripada mereka mengikuti kursus pra perkahwinan golongan tipikal. Objektif artikel adalah mengkaji pelaksanaan kursus semasa yang juga melibatkan penyertaan OKU pendengaran, mengkaji cabaran OKU pendengaran dan jurubahasa isyarat semasa mengendalikan kursus tersebut. Metodologi kajian ialah kualitatif dan temubual semi berstruktur yang dilaksanakan bersama pegawai-pegawai jabatan agama Islam negeri dan jurubahasa isyarat yang terlibat dalam kursus tersebut. Data terkumpul dianalisis secara diskriptif dan tematik. Hasil kajian mendapati kurang penganjur.an kursus pra perkahwinan Islam khusus untuk golongan OKU pendengaran, metod penyampaian ceramah berdasarkan kaedah golongan tipikal dan kesukaran jurubahasa menyampaikan semula isi kandungan ceramah. Implikasi kajian menunjukkan kepentingan untuk menganjurkan kursus pra-perkahwinan Muslim khusus untuk OKU pendengaran, untuk memberi mereka peluang memahami ilmu pra-perkahwinan, seperti individu tipikal juga.

ABSTRACT

The Islamic Pre-Marriage Course is among the requirements in marriage application procedures that must be fulfilled by Muslim bride-to-be in Malaysia. The important of this course is to provide basic knowledge of life for bride and groom-to-be. However, the deaf  group are excluded from attending this course as there is no special course conducted for them, by the state of Islamic department. Thus, some of them attended the pre-marriage course organised for typical group.The objective of this article is to study the implementation of  the current pre-marriage course that also involves participation of deaf person, challenges encountered by the deaft person and the sign language interpreters while conducting the course session.The research methodology is of a qualitative one and semi-structural interviews were conducted with the Islamic religious department officers and sign language interpreters whom are involved in the pre-marriage course. Data gathered are anaylysed descriptively and thematically. The research outcomes discovers that lack of specific organization of Islamic pre-marriage course for deaf person, methodology of delivering lectures is based on typical group method and difficulties of delivering the content of the lecture encounter by the sign language interpreter while conveying talks to the deaf person. The implication of the discussion shows the important of organising Islamic pre-mariral course for the deft group, in order to give them opportunity to understand the pre-marriage knowledge as enjoyed by typical man.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

Zuliza Mohd Kusrin, Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM

PhD dalam bidang Pengajian Islam di Universiti Birmingham United Kingdom.  Bidang kepakaran ialah Kekeluargaan Perbandingan, Perlembagaan Perbandingan, Hak Asasi OKU dan Autisme. Berkhidmat sebagai pensyarah di Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM selama 20 tahun. Subjek yang diajar adalah Pentadbiran Undang-undang Perlembagaan dan Pentadbiran Perbandingan, Undang-undang Keluarga Perbandingan, Sistem Undang-undang di Malaysia,  Pentadbiran Undang-undang Islam di Malaysia, Konflik Undang-undang di Malaysia.  Beliau terlibat dalam penyelidikan semasa berkaitan kekeluargaan Islam, pentadbiran di Mahkamah Syariah berkaitan penentuan kadar nafkah, perkahwinan kanak-kanak, hak OKU di Mahkamah Syariah dan Hakim Wanita di Mahkamah Syariah. Beliau aktif membentang kertas kerja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dan sebahagian besarnya telah diterbitkan. 

References

Ahmad, A. (2008). Kepentingan pendidikan dalam pembentukan kualiti hidup sejahtera. Malaysian Education Dean’s Council Journal, 2, 1–8. https://doi.org/https://dx.doi.org/10.1017/CBO9781107415324.004.

Ahmad, K. A. (2018, April 11). Temubual Kursus Pra-Perkahwinan Islam Dan Orang Kelainan Upaya Pekak. Kuala Lumpur.

Baharuddin, D. F., Hamdani, S. M., Mutalib, M. A., & Zakaria, M. Z. (2018). Kefahaman Beragama dan proses transformasi hubungan pasangan dalam perkahwinan. Al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, 3(2), 75–91. Retrieved from http://al-irsyad.kuis.edu.my/index.php/alirsyad/article/view/7.

Deraman, W. R. W. (2018, Januari 28). Temubual Kursus Pra-Perkahwinan Islam dan Orang Kelainan Upaya Pekak. Pahang.

Habib, S. S. T. (2003). Kursus pra perkahwinan Islam: Analisis metode dan pelaksanaan serta keberkesanannya dalam pembentukan institusi kekeluargaan Islam di Wilayah Persekutuan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hassan, J. (2009). Pelaksanaan dakwah kepada orang pekak di Terengganu. Kuala Lumpur: Jabatan Dakwah Dan Pembangunan Insan Universiti Malaya.

Hassan, J., Zin, A. A. M., & Siren, N. R. H. (2013). Penerimaan Program Dakwah Dalam Kalangan Orang Pekak Di Terengganu. Seminar Antarabangsa Dakwah & Pembangunan Insan, 205–225. Retrieved from https://umexpert.um.edu.my/public_view.php?type=publication&row=MjY2NTQ%3D.

Hunt, A., Adamson, B., Higgs, J., & Harris, L. (1998). University Education and the Physiotherapy Professional. Physiotherapy, 84(6), 264–273. https://doi.org/doi.org/10.1016/S0031-9406(05)65527-7.

Ismail, A. M. (2014). Dakwah Islam dan orang pekak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail, H. (2016). 92,678 Pasangan Daftarkan Penceraian. Retrieved January 8, 2018, from Utusan Malaysia website: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/92-678-pasangan-daftarkan-penceraian-1.196883.

Izzudden, M. U., & Ghani, M. Y. A. (2018). Temubual Penganjuran kursus pra-perkahwinan khusus untuk golongan OKU pendengaran. Terengganu.

Jabatan Agama Islam Selangor. (2020). Senarai semak permohonan nikah lelaki. Retrieved from https://ncr.jais.gov.my/images/SenaraiSemakPermohonanNikahLelaki.pdf.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2008). Menuju Gerbang Perkahwinan (Edisi Kedua). Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Juraimi, T. (1999). Kursus Pra Perkahwinan : Satu Kajian Tentang Prosedur Dan Kaedah Yang Digunakan Di Negeri Selangor Darul Ehsan. Bangi: Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

Majid, M. A., & Zarif, M. S. (2017). Trend dan faktor perceraian rumah tangga di negeri Selangor dari tahun 2011 hingga 2015. Al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, 2(2), 40–53. Retrieved from http://al-irsyad.kuis.edu.my/index.php/alirsyad/article/view/17.

Mansor, N. S. A. (2013). Penghayatan agama orang kurang upaya di Terengganu. Kuala Lumpur: Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Marjuki, Y. (2003). Kursus Pra Perkahwinan Jabatan Agama Islam Selangor: Kajian Mengenai Permasalahan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

MyGovernment. (2019). Syarat-syarat Menghadiri Kursus Praperkahwinan. Retrieved April 14, 2020, from https://www.malaysia.gov.my/portal/content/27618?language=my.

Omar, H. C. (2009). Penterjemahan dan bahasa isyarat. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Rozaimi, A. (2018, April 25). Temubual Kursus Pra-Perkahwinan Islam Dan Orang Kelainan Upaya Pekak. Negeri Sembilan.

Saedon, R., Ishaka, A. H., Alias, B., Adibah, F., & Mohd, S. (2016). Examining weaknesses in the governance of premarital course for Muslims in Malaysia. International Soft Science Conference, 6, 355–361. https://doi.org/10.15405/epsbs.2016.08.50.

Salleh, S. (2018, Mei 4). Temubual Pendidikan Khas Bagi Murid-Murid Pekak. Kuala Lumpur.

Shafie, B. H. M., & Fatmi, N. H. (2015). Pengimarahan surau dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam di surau sekolah. In K. A. Jasmi & M. I. M. Pisol (Eds.), Pemerkasaan Pendidikan Islam dalam Cabaran Zaman (pp. 55–70). Bangi, Selangor: Persatuan Intelek Muslim Malaysia.

Yusof, S. N. M., Mahmud, Z., & Amat, S. (2014). Kefahaman dan Keperluan Pendidikan Perkahwinan di Malaysia. Ulum Islamiyyah, 12, 73–86. https://doi.org/https://dx.doi.org/10.12816/0008084.

Published
2020-06-23
How to Cite
Mohd Kusrin, Z., & Sha’ari, N. S. A. (2020). Pelaksanaan Kursus Pra-Perkahwinan Islam Untuk Golongan OKU Pendengaran di Malaysia. Al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, 5(1), 285-292. Retrieved from http://al-irsyad.kuis.edu.my/index.php/alirsyad/article/view/94