Spiritual di dalam al-Quran: konsep dan konstruk

Spiritual in the Quran: concepts and constructs

Authors

  • Suriani Sudi Faculty of Islamic Civilization Studies, International Islamic University College of Selangor (KUIS), Malaysia
  • Fariza Md Sham Faculty of Islamic Studies, The National University of Malaysia (UKM), Malaysia.
  • Phayilah Yama Faculty of Islamic Civilization Studies, International Islamic University College of Selangor (KUIS), Malaysia. https://orcid.org/0000-0001-6426-9525

DOI:

https://doi.org/10.53840/alirsyad.v2i1.26

Keywords:

Psikologi, Islam, Barat, Spiritual, al-Quran

Abstract

Keperluan manusia terhadap spiritual dan hidup yang lebih bermakna sebagai satu solusi terhadap krisis spiritual yang dihadapi oleh masyarakat moden kini, telah sekian lama diperbincangkan oleh para sarjana. Beberapa ahli Psikologi Barat seperti Maslow, Frankl, Zohar dan Marshall telah menunjukkan signifikan hubungan antara jasad dan spiritual manusia dengan kejayaan hidup seseorang. Namun, teori mereka menolak perkaitan antara spiritual  dengan agama dan mereka  mengatakan spiritual hanyalah aspirasi manusia untuk hidup. Pandangan tersebut bertentangan dengan apa yang dibawa oleh Islam. Justeru, kertas kerja ini mengupas berkaitan konsep spiritual di dalam al-Quran dengan menggunakan kaedah analisis kandungan secara tematik iaitu dengan mengenal pasti ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan spiritual seterusnya memaparkan bagaimana al-Quran membahaskan konstruk spiritual ini di dalam ayat-ayatnya. Kajian mendapati, al-Quran menekankan bahawa spiritual merupakan kebangkitan atau pencerahan diri dalam mencapai tujuan atau makna kehidupan, di mana asas kebahagiaan dan kesejahteraan seseorang datang dari spiritual yang baik. Al-Quran turut menyebut al-lubb, al–sadr, al-ra’y dan al-fu’ad sebagai konstruk  spiritual di samping al-qalb, al-ruh, al-nafs dan al-‘aql yang sememangnya telah pun digariskan oleh para sarjana Muslim sebelum ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

Suriani Sudi, Faculty of Islamic Civilization Studies, International Islamic University College of Selangor (KUIS), Malaysia

Suriani binti Sudi, lulusan Sarjana dalam bidang Hadis di Universiti Malaya dan BA dalam bidang Hadis di Universiti al-Azhar Kaherah. Sekarang menjawat jawatan sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Beliau banyak menulis kertas kerja dan artikel jurnal dalam bidang Hadis dan Pengajian Islam dan terlibat dengan geran-geran penyelidikan dalam bidang Hadis dan Pengajian Islam. Bidang penulisan merangkumi bidang hadis, pembangunan Insan dan pengajian Islam. Terlibat sebagai penulis dalam majalah, penceramah dan panel dalam program-program dakwah, aktiviti pendidikan dan pembangunan insan serta aktiviti-aktiviti pengajian di surau dan masjid di sekitar Selangor. Kini beliau bertugas sebagai pensyarah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor sejak tahun 2007. Alamat e-mel: suriani@kuis.edu.my.

References

Al-Baghawi, Abu Muhammad al-Hussin bin Mas’ud bin Muhammad al-Farra’ al-Syafi’i. 1989. Tafsir al-Baghawi. Beirut: Dar al-Ma’rifah.

Al-Baidawi, Abu al-Fath, Nasir al-Din Abi Sa’id Abdullah bin ‘Umar bin Muhammad al-Syirazi. 2015.Tafsir al-Baidhawi. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiah.

Al-Ghazali Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad. 1998. Ihya’ Ulum al-Din. Jil 3. Kaherah: Dar al-Hadis.

Al-Qaradawi, Yusuf.2001. al-Ibadah fi al-Islam. Beirut: Muassasah al-Risalah.

Al-Qurtubi Abu ‘Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari. 2009. Al-Jami’ li Ahkam al-Quran. Kaherah: Dar al-Sya’b.

Al-Raghib al-Asfahani Abu al-Qasim Al-Husin bin Muhammad bin al-Mufadhdhal. 1997. Mu’jam Mufradat Alfaz al-Quran. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Al-Samarqandi, Abu al-Layth. 1994. Bahr al-‘Ulum. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Al-Syaukani Muhammad ibn Ali. t.th. Fath al-Qadir. Beirut: Dar al-Ma’arif.

Al-Wahidi ‘Ali bin Ahmad Abu al-Hasan. t.th. al-Wajiz fi Tafsir Kitab al-‘Aziz. Beirut: Dar al-Qalam

Ba’albaki, M. 1994. Al-Mawrid. Beirut: Dar al-‘Ilm li al-Malayin.

Baqi M. F. 1981. al-Mu’jam al-Mufahras li Alfadh al-Qur’an al-Karim. Beirut: Dar al-Fikr.

Bukhari, Abu Abdullah Muhammad b. Ismail b. Ibrahim al-Mughirah. 1992. Sahih al-Bukhari. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiah.

Daif S. 2004. Mu’jam al-Wasit. Mesir: Maktabah Syuruq al-Dauliyah.

Danah Zohar & Ian Marshall. 2000. SQ - Spiritual Intelligence, The Ultimate Intelligence. AJM January 2001. http://www.alisonmorgan.co.uk/Zohar.htm.

Frankl. 1997. Man’s Search For Meaning; An Introduction To Logotherapy. London: Eight Impression, Hodder and Stoughton, Ltd.

Hamjah, S. H., Rasit, R. M., & Sham, F. M. (2012). Role of spiritual aspect in the learning process of Islamic studies student. Social Sciences, 7(4), 625-629.

Ibn Abi al-‘Izz al-Hanafi Abu al-Hasan ‘Ali bin ‘Ala’ al-Din. 1970. Syarah al-Aqidah al-Tahawiyah. Beirut: al-Maktabah al-Islami.

Ibn Hajar Abu al-Fadl Ahmad bin ‘Ali al-‘Asqalani. t.th. Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari. Beirut: Dar al-Ma’rifah.

Ibn Jawzi, Abdul Rahman bin ‘Ali bin Muhammad. 1984. Zad al-Muyassar fi ‘Ilm al-Tafsir. Beirut: al-Maktab al-Islami.

Ibn Manzur Jamal al-Din Muhammad bin Mukram al-Ifriqi al-Misri abu al-Fadl. 1990. Lisan al-Arab. Beirut: Dar Sadir.

Maslow, A.H. 1970. Motivation and Personality. New York: Harper & Row.

Muslim, Abu al-Husin Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim al-Qusyairiy al-Naysaburi. 1955. Sahih Muslim. Istanbul: al-Maktabah al-Islamiyyah.

Najati, M. U. 1992. al-Hadith al-Nabawi wa ‘Ilm al-Nafs. Cetakan ke-5. Beirut, Lubnan: Dar al-Shuruq.

Salleh, N. M. 2015. Penghayatan Akidah, Ketenangan Hati dan Ketenangan Rohani Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan di Malaysia.Tesis Phd. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sham F. M., Dakir J, Tibek S. T, Awal N.A.M, Hamjah S.H, Ismail A & Ismail M. Education Module for Out-Of-Wedlock Pregnant Adolescents. The Turkish Journal of Educational Technology. August 2015.

Sham F. M., Hamjah S. H. & Sharifudin, M. J. 2013. Personaliti Dari Perspektif al-Ghazali. Bangi: Penerbit UKM.

Published

2017-06-20

How to Cite

Sudi, S., Md Sham, F., & Yama, P. (2017). Spiritual di dalam al-Quran: konsep dan konstruk: Spiritual in the Quran: concepts and constructs. Al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, 2(1), 59-72. https://doi.org/10.53840/alirsyad.v2i1.26