Peranan Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia dalam pembudayaan talaqqī al-Quran bersanad

Role of higher education institutions in Malaysia in cultivating Quranic sanad talaqqī

Authors

  • Mohamad Redha Mohamad Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Malaysia
  • Muhammad Firdaus Abdul Manaf Universiti Teknologi MARA (UiTM), Negeri Sembilan, Malaysia
  • Muhammad Zaid Shamshul Kamar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.53840/alirsyad.v6i1.162

Keywords:

Institusi Pengajian Tinggi, UM, KIAS, Talaqqī, Sanad

Abstract

Institusi Pengajian Tinggi (IPT) memainkan peranan yang sangat penting dalam melahirkan komuniti berpendidikan tinggi pada hari ini. IPT Islam yang berasaskan pendidikan seperti akidah, syariah dan akhlak turut sama menyumbang dalam melahirkan modal insan yang mencurahkan pelbagai sumbangan kepada masyarakat di Malaysia. Antara salah satu pengajian yang ditawarkan di IPT Islam adalah pengajian al-Quran yang matlamatnya adalah untuk mendidik para pelajarnya supaya dapat membaca al-Quran dengan baik. Sebahagian IPT Islam juga menawarkan Kursus Talaqqī al-Quran Bersanad kepada orang awam secara persijilan. Permintaan untuk pengajian talaqqī al-Quran bersanad semakin berkembang di Malaysia. Walaupun begitu, kuantiti IPT Islam yang menawarkan kursus ini adalah terhad. Oleh itu, objektif artikel ini adalah untuk mengenalpasti peranan IPT Islam dalam pembudayaan talaqqī al-Quran bersanad. Kajian ini akan membentangkan analisis perbandingan tentang pengajian talaqqī al-Quran bersanad yang ditawarkan di Universiti Malaya (UM) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Antara kandungan yang dibentangkan adalah nama dan objektif kursus, tempoh pengajian, kandungan kursus, penilaian pelajar dan pengijazahan sanad. Kaedah yang digunakan untuk kajian ini ialah kualitatif manakala pengumpulan data merangkumi data sekunder daripada sumber kepustakaan dan internet. Hasil kajian mendapati Kursus Talaqqī al-Quran Bersanad perlu dikembangkan dan disebarluaskan dengan lebih jauh. Tambahan pula, pembelajaran secara talaqqī bersanad adalah merupakan sunnah Rasulullah SAW dan juga para qurrā’ pada setiap zaman. Oleh itu, setiap IPT Islam perlu memainkan peranan penting untuk membudayakan talaqqī al-Quran secara bersanad.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

Mohamad Redha Mohamad, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Malaysia

Mohamad Redha Mohamad is a lecturer of Tahfiz al-Quran & al-Qiraat Department in the Faculty of Islamic Civilisation Studies, International Islamic University College Selangor (KUIS). He had worked at KUIS from June 2016 until now. He graduated from KUIS in Masters in Syariah (Pengurusan) in 2017. Besides that, he had two degree in 2015 which is Degree in Syariah Islamiyyah (al-Azhar) and Degree in Takhassus Qiraat (al-Azhar). He also had Diploma in Tahfiz al-Quran wa al-Qiraat (JAKIM) in 2011. During his study at Egypt, he obtain sanad al-Quran from his teacher named Syeikh Wael Haggag. Now, he continue his study in PhD Islamiyyat at KUIS about Sanad al-Quran. He is very interest about sanad al-Quran because there is only a few research in this study and still not familiar in Malaysia. Until now, he has coauthored over 20 publications including journals, chapters in books and prosiding. His publications is about al-Quran and al-Qiraat Knowledges, Tafsir, Sanad al-Quran, History and Figures. He also presented various academic as well as research-based papers at several national and international conferences including International Conference on Islamiyyat Studies, International Fiqh Conference, International Conference on Contemporary Issues in al-Quran and Hadith and others. This year, he publish his article in journal under title Relevansi Pewarisan Sanad Talaqqi al-Quran in Journal al-Turath and Sumbangan Shaykh Muhammad Mutawalli al-Sha’rawi Terhadap Dunia Islam in Journal Pengajian Islam. Other than that, he also done supervise more than 20 undergrad students. He is a member of Persatuan Alumni Huffaz Negeri Sembilan (PAHNS). He also always give speech about al-Quran and al-Qiraat at mosque in Negeri Sembilan and Selangor.

References

al-‘Asqalānī, I. H. (2013). Fath al-Bārī bi Sharḥ Ṣaḥīḥ al-Bukhārī. Mesir: Dar al-Risāla al-‘Alamīyya.

Abd Ghani, A. R. (2009). Pemeliharaan al-quran: kajian di unit kawalan teks al-Quran Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. (Tesis Ijazah Doktor Falsafah), Universiti Malaya, Malaysia.

Alias, N., Mohamad, K. A. & Ahmad, A. M. (2015). Fenomena talaqqi al-Quran bersanad riwayat Hafs ‘An ‘Asim menurut Tariq Al-Syatibiyyah: Sumbangannya Dalam Perkembangan Pengajian Al-Quran Di Malaysia. E-Prosiding: Seminar Wahyu Asas Tamadun IV Peringkat Antarabangsa. Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia. Diakses dari: https://smk.ukm.my/erep/fail3.cfm?komp=TPP2015640.

Aznie, R., Dziauddin, M. F. & Yusri, M. S. (2014). Impak Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ke atas ekonomi setempat di Mukim Hulu Bernam Timur, Perak. Jurnal Geografi. 2(1). https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/GEOG/article/view/469.

Hazim, W. M. (2012). Al-Quran dan Talaqqi Mushafahah. Kuala Terengganu: Makalah Dakwah Masjid Abidin.

al-Jazarī, I. (2002). Ṭayyiba al-Nashr fī Qirā’āt al-‘Ashr. Kaherah: Maktabat al-Sunna.

Kelas Talaqqi Qiraat Al-Quran Bersanad. (2018). Diakses pada 13 November 2020, dari https://kiasedu.hex.my/index.php/kursus-umun/pkpii/kelas-talaqqi-qiraat-al-quran-bersanad.

Kursus Talaqqi Al-Quran Bersanad (KuTAB). (2018). Diakses pada 13 November 2020, dari https://apium.um.edu.my/kursus-talaqqi-al-quran-bersanad-kutab.

al-Majidī. (2000). Talaqqī al-Nabī SAW Alfāz al-Qur’ān al-Karīm. Beirut: Muassasa al-Risāla.

Mat Lazim, N. & Yusof, N. (2012). Universiti, pembangunan modal insan dan penumpuan ruang komuniti berpendidikan tinggi di Malaysia: suatu ulasan kritis. Journal of Social Sciences and Humanities. 7(2). https://ejournal.ukm.my/ebangi/article/view/11265.

al-Nasafī. (2011). Madārik al-Tanzīl wa Ḥaqāiq al-Ta’wīl. Beirut: Dar Ibn Kathīr.

Qutb, S. (2008). Fī Ẓilal al-Qur’ān. Mesir: Dar al-Shuruq.

Redha, M., Zaidar, F. & Alias, N. (2020). Aplikasi al-Taḥammul wa al-Adā’ dalam kalangan Qurrā’ dan kepentingannya. Jurnal al-Irsyad. 5(2). http://al-irsyad.kuis.edu.my/index.php/alirsyad/article/view/132/74.

Redha, M., Zaidar, F. & Alias, N. (2020). Relevansi pewarisan sanad talaqqi al-Quran. Jurnal al-Turath. 5(1). http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/article/view/108.

Saad, A. (2013). Asānīd al-Qirā’āt wa manhaj al-Qurra’ fi dirāsatihā. Riyad: Maktaba al-Malik Fahd al-Waṭanīyyah.

Said, I. (2008). Iqrā’ al-Quran al-Karim: manhajuhu wa syurūṭuhu wa asālibuhu wa ādābuhu. Jeddah, Arab Saudi: Markaz al-Dirāsāt wa al-Maklūmat al-Qurānīyyah.

Said, K. & Adam, J. (2011). Corak tariq sanad pengajian al-Quran di Negeri Pahang. International Journal on Quranic Research. 1(1). https://ejournal.um.edu.my/index.php/quranica/article/view/5283/3078.

Sayyidi, M. (2004). Al-Isnād ‘inda ‘Ulamā’ al-Qirā’āt. Madinah al-Munawwarah: Majalla al-Jāmi‘a al-Islamīyya.

Zaidar, F. (2014). Faktor-faktor dorongan aplikasi Talaqqi Bersanad (TB) dan keperluannya dalam pengajian hadis di Malaysia. Tesis Doktor Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia.

Zainuddin, K., Zainuddin, N. & Mohd Isa, M. F. (2010). Kamus Pelajar. Negeri Sembilan: Al-Azhar Media Enterprise.

al-Zarqanī. (2001). Manāḥil al-‘Irfān fī ‘Ulūm al-Qur’ān. Kaherah: Dār al-Hadīth.

Published

2021-06-15

How to Cite

Mohamad, M. R., Abdul Manaf, M. F. ., & Shamshul Kamar, M. Z. . (2021). Peranan Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia dalam pembudayaan talaqqī al-Quran bersanad: Role of higher education institutions in Malaysia in cultivating Quranic sanad talaqqī. Al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, 6(1), 472-481. https://doi.org/10.53840/alirsyad.v6i1.162