Faktor pembelajaran tahfiz program huffaz profesional di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

Implementaton of learning tahfiz program of professional huffaz at Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

Authors

  • Muhammad Hafizan Abd Hamid Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Malaysia
  • Abdul Aziz Mat Isa Unit Tahfiz, Pusat Islam UNITEN, Universiti Tenaga Nasional, Malaysia
  • Hamdi Ishak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.53840/alirsyad.v6i1.142

Keywords:

Pembelajaran Tahfiz, Pendidikan Tahfiz, Huffaz Profesional

Abstract

Program tahfiz di peringkat pengajian tinggi bermula secara formal dengan penubuhan Darul Quran JAKIM. Perkembangan pengajian tahfiz memperlihatkan penerimaan yang positif di peringkat pengajian tinggi dengan wujudnya pengajian tahfiz secara bersepadu di antara pengajian tahfiz dan akademik. Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak kelemahan dan kekurangan dalam amalan pembelajaran tahfiz yang perlu diperhalusi dan ditambah baik. Objektif kajian ini ialah bagi mengkaji sistem pengajaran dan pembelajaran tahfiz di UNITEN. Kajian ini juga bertujuan menganalisis amalan sistem pembelajaran tahfiz mengikut jantina dan struktur pengajian. Kajian tinjauan berbentuk kuantitatif ini bertujuan melihat faktor pembelajaran tahfiz yang melibatkan 83 responden pelajar lepasan Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UNITEN. Pemilihan sampel berdasarkan kaedah persampelan bertujuan ini mengikut jadual persampelan Krejcie dan Morgan. Maklum balas diperolehi melalui instrumen soal selidik. Data kajian diproses menggunakan perisian IBM SPSS Statistics versi 19.0 melibatkan analisis deskriptif untuk menjelaskan profil responden dan analisis inferensi menerusi ujian-t untuk melihat perbezaan faktor pembelajaran tahfiz berdasarkan jantina dan struktur pengajian. Dapatan kajian menunjukkan faktor pembelajaran tahfiz berada pada tahap sederhana tinggi. Hasil kajian juga tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam faktor pembelajaran tahfiz berdasarkan jantina dan struktur pengajian. Implikasi kajian ini dapat memberi impak dalam meningkatkan kualiti pembelajaran tahfiz khususnya di peringkat pengajian tinggi. Program tahfiz di peringkat pengajian tinggi perlu diteruskan agar kemukjizatan al-Quran ini terus terpelihara dan akan melahirkan generasi berilmu dan celik al-Quran.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ab. Razak, M. S. (2011). Sehingga al-Quran terpahat di hati. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Abd Hamid, M. H. (2019). Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran tahfiz program huffaz profesional di Universiti Tenaga Nasional. (Tesis Sarjana, tidak diterbitkan), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Aziz, W. M. (1995). Ke arah penyelarasan sistem pengajian tahfiz al-Quran di Malaysia. Jurnal Institut Pengajian Tahfiz al-Quran, 1: 1-8.

Abdul Aziz, W. M. (2010). Pendidikan tahfiz al-Quran aliran sains: satu inovasi baru dalam sistem pendidikan Islam di Malaysia. Pengalaman Darul Quran JAKIM meniti kecemerlangan akademik aliran sains para huffaz. Konvensyen Sekolah-sekolah Agama Menengah Tahfiz Aliran Sains Peringkat Kebangsaan.

Abdul Rahim, M. M. (2016). Tinjauan terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi penulisan ayat hafazan al-Quran dalam kalangan pelajar tahfiz. Technical and Social Science Journal, 5(1), 93-101.

Abdullah, A. H., Salamon, H., Suratman, A. S., Mohd Noor, S. S., Jasmi, K. A., & Samat, A. B. (2005). Sistem pembelajaran dan kaedah hafazan al-Quran yang Efektif: satu kajian di Kuala Lumpur dan Terengganu. Monograf Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial. Skudai: Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, Universiti Teknologi Malaysia.

Adam. Z., Kassim, F., & Salleh, M. J. (2009). Memperkasakan pendidikan luar bandar. Persidangan Kebangsaan Pendidikan Luar Bandar 2009, anjuran Sekolah Pembangunan dan Pendidikan Sosial, Universiti Malaysia Sabah. Hotel Baverly, Kota Kinabalu, 3-5 Februari.

Ahmad, N. (2015). Memperkasa Darul Quran ke arah memartabat pendidikan tahfiz di Malaysia. Simposium Pendidikan Tahfiz Nusantara Dan Multaqa Huffaz Kali ke-IV. Anjuran Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Institut Latihan Islam Malaysia, 1-3 Jun.

Ahmad, N., Yaacob. M. T., Chek. Y., Shuib. S., Ab Lateh. N. H., Sulaiman. S., & Mohd Zain, A. R. (2018). Perkembangan pendidikan tahfiz: Darul Quran perintis dinamik. Kuala Kubu Bharu: Darul Quran.

Amir Razli, M. Z. F., Salleh, M. S., & Yusoff, M Z. (2006). Faktor-faktor mempengaruhi pencapaian pelajar cemerlang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan bagi semester Disember 2005-Mei 2006. Anjuran Institusi Pembangunan Felo, Universiti Teknologi Malaysia. National Student Development Conference (NASDEC) 2006. Kuala Lumpur, 8-9 August.

Baba, S. (2000). Integrated knowledge in the tawhidic curriculum. Muslim Education Quarterly, 17(2), 15-29.

Che Ahmad, C. N., Shaharim, S. A., & Yahaya, A. (2016). Kesesuaian persekitaran pembelajaran, interaksi guru-pelajar, komitmen belajar dan keselesaan pembelajaran dalam kalangan pelajar Biologi. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 6(1), 101-120.

Chek, Y. & Yaacob, M. T. (2016). Laporan penyelidikan faktor yang mempengaruhi kegagalan pelajar dalam peperiksaan kursus Hifz Al-Quran: Satu Kajian di Darul Quran. Kuala Kubu Bharu: Darul Quran.

Deobold, P.V. (1999). Memahami penyelidikan pendidikan. A. F. Abdul Malik & M. M. Konting. (Terj.). Serdang: Penerbit Universiti Putera Malaysia.

Hashim, A. & Tamuri, A. H. (2012). Persepsi pelajar terhadap kaedah pembelajaran tahfiz al-Quran. Journal of Islamic and Arabic Education, 2(4), 1-10. Retrieved from: http://jiae.pimm.my/wp-content/uploads/2018/07/42-43.pdf.

Hashim, A. (2010). Penilaian perlaksanaan kurikulum tahfiz di institusi tahfiz di Malaysia. (Tesis Kedoktoran, tidak diterbitkan). Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hashim, A., Tamuri, A. H & Jemali, M. (2013). Latar belakang guru tahfiz dan amalan kaedah pengajaran tahfiz al-Quran di Malaysia. The Online Journal of Islamic Education 1(1): 28-39. Retrieved from: https://www.semanticscholar.org/paper/Latar-belakang-guru-tahfiz-dan-amalan-kaedah-tahfiz-Hashim-Tamuri/b038ad9e4061b749b2c559368e2e1c32971baa0b.

Jamaluddin, I. Z., & Fikri Nordin, M. Z., (2016). Memahami kepentingan karakteristik pelajar tahfiz terhadap pencapaian subjek Hifz al-Quran. Jurnal Hadhari 8(2): 211-228. Retrieved from: https://ejournal.ukm.my/jhadhari/article/view/15661/4882.

Jamaluddin, M. N. (2010). Cara menghafaz al-Quran kaedah al-Munawwar. Seminar Kaedah Menghafaz al-Quran Peringkat Negeri Johor. Anjuran Jabatan Agama Negeri Johor. Hotel Pelangi, Muar, 20 Ogos.

Kadir, H., Muhamat, R., Rasit, R. M., & Nasir, B. M. (2016). Hubungan antara Penilaian Pembelajaran dengan Tingkah Laku Pegawai Agama dalam Usaha Dakwah kepada ODHA di Malaysia. al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, 1(1), 27-42. Retrieved from: http://al-irsyad.kuis.edu.my/index.php/alirsyad/article/view/33/30.

Long, A. S. (2011). Pengenalan metodologi penyelidikan Pengajian Islam. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mamat, M. H. (2017). Faktor pembelajaran dan kesan pencapaian murid dalam model Khatam al-Quran j-QAF: Kajian di sekolah kebangsaan kawasan Bandar Baru Bangi, Selangor. (Tesis Sarjana, tidak diterbitkan). Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Md. Nawi, N. H. (2011). Pengajaran dan pembelajaran: Penelitian semula konsep-konsep asas menurut perspektif gagasan Islamisasi ilmu moden. Kongres Pengajaran dan Pembelajaran UKM 2011. Anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia. Hotel Vistana, Pulau Pinang, 18-20 Disember.

Md. Nawi, N. H., & Salleh, N. H. (2017). Pembinaan model pengajian tahfiz di Malaysia. The Online Journal of Islamic education, 5(1), 1-11. Retrieved from: https://ojie.um.edu.my/article/view/5232.

Mohamad Nazir, S. (2013). Program Sijil Tahfiz al-Qur’an Darul Quran JAKIM Universiti Islam Antarabangsa Malaysia: Analisis terhadap pencapaian hafazan dan permasalahannya. (Tesis Sarjana, tidak diterbitkan). Akademi Pengajian Islam. Universiti Malaya.

Mohamad, S., Hashim, A., & Ishak, H. (2016). Pembangunan kurikulum pendidikan tahfiz: Prinsip dan kaedah dalam membina kurikulum tahfiz Al-Quran. Dlm. Mohd Yusoff, M. Z., Ahmad, N., Yussuf, A., Norasid, M. A., Amir, S., Bamba, A., Wan Yusoff, M. Z., Sulaiman, S., & Mohd Nazir, S. (Pnyt.). Memperkasa Generasi Al-Quran, hlm. 145-153. Kuala Lumpur: Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia & Centre of Quranic Research, University of Malaya.

Mohd Arshad, A. (2015). Ulasan sistematik: program Ulul Albab dalam sistem pendidikan Malaysia. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik, 3(4), 22-35. Retrieved from: https://juku.um.edu.my/article/view/8169.

Mohd Yusoff, Z., Abdul Rahman, N. N., Kamri, N. A., Ali, N. A., Hamzah, N., & Ramlan, N. (2018). Trend masyarakat terhadap pendidikan tahfiz. Dlm. Mohd Yusoff, M. Z., Ahmad, N., Abdul Rahman, N. N., Hamzah, N., Kamri, N. A., & Ali, N. A. (pnyt.). Ke Arah Pengiktirafan Huffaz di Malaysia, hlm. 38-80. Kuala Lumpur: Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia & Centre of Quranic Research, University of Malaya.

Piaw, C. Y. (2012). Kaedah penyelidikan. Singapura: McGraw-Hill Education.

Riddzwan. A & Tengku Puji, T. I. Z. (t.th.). Persepsi pelajar terhadap sistem pembelajaran dan kaedah hafazan program persijilan tahfiz al Quran Darul Quran JAKIM-UIAM. Retrieved from: https://www.academia.edu/9967307/PERSEPSI_PELAJAR_TERHADAP_SISTEM_PEMBELAJARAN_DAN_KAEDAH_HAFAZAN_PROGRAM_PERSIJILAN_TAHFIZ_AL_QURAN_DARUL_QURAN_JAKIM-_UIAM.

Salleh. M. J., Kamin, M., Loven, C. L., Henry, J. F., & Rubin, M., (2012). Kajian terhadap faktor-faktor mempengaruhi pencapaian pelajar dalam Penilaian Menengah Rendah di Sabah. Labuan International Conference on Educational Research – LICER 2012. Financial Park Complex Wilayah Persekutuan Labuan, 5-7 Julai.

Stapa, Z., Yusuf, N., & Shaharudin, A. F. (2012). Pendidikan menurut al-Quran dan sunnah serta peranannya dalam memperkasakan tamadun ummah. Jurnal Hadhari Special Edition, 7-22. Retrieved from: https://ejournal.ukm.my/jhadhari/article/view/12290.

Sulaiman, I. (2015). Realiti dan masa depan huffaz ulul albab di Malaysia: Satu kajian kes di MRSM Ulul Albab. Seminar Al-Quran Peringkat Negeri Pulau Pinang.

Thorndike, L. E. (1914). Education psychology Vol. 3. Mental work and fatigue and individual differences and their causes. New York, NY: Teachers College Press.

Umu Hani. (2014). Peran pengasuh dalam meningkatkan prestasi menghafal al-Quran Santri PP. Nurul Ummahat Kotagede Yogyakarta. (Tesis Sarjana, tidak diterbitkan). Jurusan Bimbingan dan Kaunseling Islam, Universitas Islam Negeri, Sunan Kalijaga.

Zulkifli, N. (2010). Disiplin dan Pelajar. http://dx.doi.org/10.13140/RG.2.2.24024.60161.

Published

2021-06-15

How to Cite

Abd Hamid, M. H., Mat Isa, A. A. ., & Ishak, H. . (2021). Faktor pembelajaran tahfiz program huffaz profesional di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) : Implementaton of learning tahfiz program of professional huffaz at Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, 6(1), 596-605. https://doi.org/10.53840/alirsyad.v6i1.142